Hi uollss....arini sy masak siakap nam prik pao...slalunya makan kat kedai je...nam prik pao ni masakan yg berasal dari Thailand...sbb tu nama die pelik sikit...selalunya masakan ni menggunakan ikan / belut...cara nak masak renyah sikit sbb kene masak pes cili sangai dulu...pes ni kira mcm bahan utama la...mcm pes tomyam jugak...kalau xde xjadi la tomyam tu...jom salin resepi :
PES CILI SANGAI
Bahan2 :
8 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
2 sudu besar udang kering
4 sudu besar cili giling (sy guna brand Puteri)
2 sudu besar sos ikan
1/2 keping nisan (gula melaka)
Cara2 :
1. Bwg merah + bwg putih dihiris halus kemudian digoreng sehingga wangi
2. Blend bwg2 bersama udang kering dan cili giling....
3. Tumis bahan yg diblend dengan sedikit minyak...masukkan sos ikan dan nisan...kacau sehingga pes wangi dan naik bau
4. Bila dh siap bleh digunakan utk memasak nam prik pao...selebihnya harus disimpan di dalam bekas kedap udara dan masukkan dlm peti ais supaya tahan lebih lama....gambar pes ade kat bwh ye...
Ok now sy share resepi siakap nam prik pao menggunakan pes cili sangai td...
SIAKAP NAM PRIK PAO
Bahan2 :
1 ekor siakap sederhana besar...kunyit garamkan dan digoreng garing
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar pes cili sangai
2 batang serai dihiris halus
daun limau purut dihiris halus
Sedikit cili api dihiris halus * kuantiti ikut tahap kepedasan yg anda suka
Sedikit air
Cara2 :
1. Blend bwg merah dan bwg putih...tumiskan sehingga wangi
2. Masukkan cili api dan serai
3. Masukkan pes cili sangai + sos tiram
4. Perasakan dgn gula dan garam
5. Masukkan sedikit air
6. Last skali masukkan daun limau purut...dan tuangkan kuah ke atas ikan yg dh siap digoreng td