When The Story Begins....

Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!

Thursday, December 22, 2011

IKAN DORI DGN SOS MASAM MANIS







Bahan2 :

Untuk ikan
2 keping filet ikan dori (dipotong kecil)
5 sudu tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
5 sudu tepung gandum - untuk dilumur pada ikan
(bancuhkan bahan bertanda* dengan air)

Untuk sos
3 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - dicincang
1/2 biji bawang besar Holland - dipotong dadu
1/2 biji capsicum merah+kuning+hijau - dipotong dadu
sedikit cili padi jika suka pedas
5 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos nampla
Garam+gula secukup rasa

Cara2 :

1) Lumurkan potongan ikan dori dengan tepung gandum
2) Celupkan dalam bancuhan tepung
3) Lumurkan sekali lg dengan tepung gandum
4) Ulang step di atas sehingga ikan habis
5) Goreng dlm minyak yg byk (deep fry), ketepikan
6) Tumiskan bwg putih + halia sehingga wangi
7) Masukkan bwg besar + capsicum, goreng seketika
8) Masukkan semua sos, perasakan dengan garam + gula
9) Tuangkan sos ke atas potongan ikan
10) Hidangkan




SUP EKOR ALA THAI



Semalam sy ke OTK utk aktiviti kegemaran...shopping barang dapur! xtau knapa...sy sgt suka membeli barang dapur...mcm satu kepuasan lak...pelik kan...slalunya pompuan ni suka shopping baju ke, kasut ke...tp sy suka shopping barang dapur...haha...xpela janji xkacau org kan...sambil2 shopping tu sy tnampak ekor lembu kat bahagian frozen food...tetiba trasa nak mkn sup ekor lak...balik umah trus gigih google resepi untuk sup ekor....byk version resepi untuk sup ekor nih tp sy lebih tertarik pada resepi sup ekor ala Thai yg sy jumpa kat MyResepi...kuantitinya sy ubah sket mengikut kesesuaian..Hasilnya sy dapat rasa sup ekor yg sama mcm sup kat kedai Thai tu...Jom layan :

Sup Ekor Ala Thai
Sumber : MyResepi

500gm ekor lembu
1 biji bwg besar – dipotong 4
1 inci halia
4 ulas bwg putih
½ biji bwg besar - dipotong 4
1 biji tomato – dipotong 4
3 batang serai
Sedikit daun limau purut
Sedikit cili api
2 sudu besar sos nampla
Sedikit asam limau nipis
Sedikit daun ketumbar (sy x suka daun ketumbar so sy gantikan dgn daun sup)

Cara2 :
1) Rebus ekor lembu bsama 1 biji bwg besar + halia selama 4jam atau lebih (sehingga lembut)
2) Tumis bwg putih (api besar mcm kat kedai tu, tp jgn sampai hangit ye)..pastu masukkan cili api, bawang besar, serai, tomato, daun limau purut..kacau seketika
3) Masukkan rebusan ekor, sos nampla, dan perasakan dengan garam
4) Perahkan asam limau + taburkan daun ketumbar semasa menghidang




sup ekor ni sesuai dimakan dgn sambal belacan+telur dadar+timun




SIAKAP 3 RASA



Yuhuuuu....akhirnya berjaya jugak update blog sendu nih...finally jumpa gak setting baru...ingatkan blog kene hack ke hape...bikin suspen saje...huhu...Minggu lepas mood masak sgt menjadi-jadi...rajin sungguh masak dan pastinya rajin MAKAN! haha tu motip nak citer sebenarnye...kebetulan kakak ipar sy datang bertandang bsama family...So hidangan harus la siakap 3 rasa + sawi tumis bersama fishball + sup ayam (anak buah sy suka mkn sup) + telur dadar (ini wajib)...So ari ni sy nak kongsi resepi siakap 3 rasa versi sy sendiri...Jom salin resepi :


SIAKAP 3 RASA

Bahan2:

1 ekor ikan siakap
1/2 biji bawang besar Holland*
4 ulas bwg putih*
1 inci halia*
1/2 biji capsicum merah+kuning+hijau*
1 biji tomato*
(semua bahan bertanda * dipotong dadu)
200 gm nenas masak (nak guna yg dlm tin pun bleh)*
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos nampla (sos ikan)
2 sudu sos tiram
(semua sos dicampurkan dalam satu mangkuk)
sedikit tepung jagung
sedikit serbuk kunyit
garam + gula secukup rasa


Cara2 :

1) Gaulkan ikan dengan garam+serbuk kunyit+bancuhan tepung jagung
2) Goreng ikan dengan minyak yg banyak (deep fry) sehingga agak garing, ketepikan.
3) Tumiskan bahan2 yg bertanda * kecuali nenas sehingga garing dan wangi
4) Masukkan bancuhan sos dan kacau sehingga masak, masukkan nenas
5) Perasakan dengan gula dan garam
6) Curahkan sos ke atas ikan dan hidangkan





Tuesday, December 6, 2011

CUCUR UDANG~



Mari mkn cucur udang panas2...petang2 gini kalo kene cucur udang + Teh O panas mmg meletop khennnn...Lagi2 kalo sambil mkn tu sambil nonton TV gitu...sedar2 je sepinggan habis licinnn...biasa nih biasa...haha...So mari kita tgk resepi utk cucur udang versi sy...mana tau kot2 ade yg nak wat  cucur udang untuk minum ptg nnti...;)

Bahan2 :

1/2kg tepung gandum
500 gm udang - dibuang kepala + kulit (tinggal ekor je)
1biji bawang besar Holland - dicincang kasar
1 ikat daun bawang
200 gm taugeh
2 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk kunyit
1 biji telur
air secukupnya
garam+gula secukup rasa

Cara2 :

Gaulkan semua bahan (kecuali udang), bancuhkan dengan air sehingga sederhana pekat (jgn pekat sgt, cair sgt pun xbest)...Masukkan udang, perasakan dengan gula dan garam...Goreng dengan minyak yg banyak (deep fry)...Hidangkan dengan sos pencicah...

SAMBAL TEMPOYAK UDANG~



Salam readers...ari Ahad lepas sy ke pasar borong...beli udang + ayam...udang tu niat nak beli 1/2 kg je nak buat cucur udang....tp bila tgk udang sederhana besar harga RM12.00 je sekilogram (biasanya RM15-16 tau)...sy trus rembat...maybe sbb sy gi pasar waktu ptg...so masa tu kebanyakan peniaga jual murah sbb nak abiskan stok...so balik umah amik sket udang buat cucur udang, bakinya sy simpan dlm peti ais....memandangkan udang ni xleh simpan lama2, sy jenuh la dok fikir nak masak ape...belek punya belek buku resepi (sy slalu belek buku kalau xde idea nak masak)...terjumpa plak resepi udang sambal tempoyak....kebetulan tempoyak yang mak sy bekalkan dari kampung tu masih elok tersimpan dlm peti ais...bahan2 lain pun available...maka terhasil la masakan kat atas tu...;)

Sambal Tempoyak Udang
Resepi asal : Chef Hanieliza

Bahan2 :

15 ekor udang sederhana - buang kulit
2 biji cili merah*
5 biji cili padi*
2 ulas bwg merah*
1 ulas bwg putih*
1 sudu besar tempoyak
2 sudu besar minyak
1 helai daun kunyit dicarik2 - (sy gantikan dgn daun bawang)
garam + gula secukup rasa

Cara2 :

Blend semua bahan bertanda *
Panaskan minyak & tumis bahan blend
Setelah bahan tumis masak masukkan tempoyak
Perasakan dengan garam + gula
Masukkan udang dan kacau seketika sehingga udang masak
Masukkan daun bawang yang dihiris nipis
Angkat dan hidangkan






Wednesday, November 30, 2011

KETAM GORENG BERCILI~



Minggu lepas sy masak ketam goreng bercili...tp baru skang berkesempatan nak update resepi...kebetulan minggu lepas 5 ari sy kat kg, balik jenguk parents so mmg xsempat nak berblog kat sana...maklumlah terkejar pegi sini sana...memandangkan ade kawan yg request resepi ni...so dgn berbesar hati sy letak kat blog ni :

Bahan2 :

6 ekor ketam sederhana besar (dipotong 2 dan dicuci bersih, gaulkan dgn garam+serbuk kunyit)
1 biji bawang besar Holland*
3 ulas bwg merah*
2 ulas bwg putih*
1 inci halia*
10 tangkai cili kering* - buang biji & rendam dlm air panas @ bleh ganti ngan guna 3 sudu cili giling
2 sudu sos cili
1 sudu kicap
1 batang serai
garam+gula secukup rasa

Cara2 :

Goreng ketam yg telah digaul dgn garam + serbuk kunyit. Angkat & toskan.
Blend semua bahan bertanda *
Tumis bahan blend dgn baki minyak menggoreng td
Masukkan sos cili+kicap+serai dan kacau sehingga berkilat (naik minyak)
Perasakan dengan garam+gula
Akhir skali masukkan ketam + gaul sebati
Hidangkan


*first time bersiaran secara langsung dari opis...curik2 update blog time boss takde...jahattt tawww....ahaks



Friday, November 11, 2011

AYAM MASAK CILI HIJAU





Salam peeps...rasa mcm lama je xbkak blog ni...maklumla bz sket ngan keje + keje umah...masak pun simple2 je...ptg tadi kat tempat keje dok terfikir2 nak masak ape...rasa mcm bosan je asyik mengulang masak bende sama je...pastu teringat plak ayam masak cili hijau ni...lauk yg penah jadi kegemaran sy masa blaja kat kolej dulu...lauk ni merupakan menu wajib kat kedai pak cik alias (skang xtau la masih ade ke x) kat cafe kolej tu...memang pedas menyengat...tp balik2 lauk ni la yg sy cari...Nak masak lauk ni senang je...bahan-bahan pun xbyk...Jom salin resepi :


Bahan2 :

300 gm ayam
1 biji bwg besar (kalau xde gantikan dgn 6 ulas bwg merah)
3 ulas bwg putih
2 batang serai
10 biji cili api hijau
1 sudu sos tiram
1/2 ikat kacang panjang dipotong kecil
sedikit daun limau purut
garam + gula secukup rasa

Cara2 :

Bersihkan ayam, gaulkan garam kunyit dan goreng
Blender semua bwg + cili hijau +serai
Panaskan minyak dan tumiskan bahan blender
Masukkan daun limau purut
Kacau sehingga wangi
Masukkan sos tiram + garam + gula
Biarkan sehingga cili betul2 masak
Masukkan kacang panjang, kacau sehingga masak
Akhir skali masukkan ayam yg telah digoreng, kacau seketika
Angkat dan hidangkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...