When The Story Begins....

Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!

Sunday, March 4, 2012

KETAM GORENG TELUR MASIN



Bahan-bahan ( Untuk 2/3 orang )

• - 3 ekor ketam bunga (yang besar)
• - 3 sudu tepung jagung
• - 5 biji telur masin
• - 5/6 batang cili padi (dihiris halus)
• - 2 tangkai daun kari 
• - 2 sudu makan mentega
• - 3 sudu makan susu cair
• - 2 sudu teh gula -
• - garam & lada sulah secukupnya
• - Minyak untuk menggoreng


Cara-cara

Rebus telur masin sehingga masak. Kemudian lecek-lecekkan telur dengan sudu sampai berderai..
Bersihkan ketam and potong empat. Toskan.
Gaul ketam bersama tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga ketam bertukar warna. Angkat ketam yang dah digoreng dan ketepikan.
Masukkan mentega dan goreng cili padi & daun kari hingga wangi.
Masukkan telur masin yang dah dilecek kedalam kuali. Gaul hinnga sebati bersama cili padi dan daun kari tadi.
Bubuhkan sedikit garam, gula, lada sulah dan susu cair. Gaul dan akhir sekali masukkan ketam yang dah digoreng tadi.


*Kalo telur masin tu masin sgt tayah masuk garam

SUP AYAM CENDAWAN



Hi u'olls bertemu kembali dlm segmen masak-memasak bersama mak jemah...setelah lebih kurang sebulan entry ni terperap dlm draft folder...akhirnya mak jemah dpt hidayah nak update blog...haha...annoying je kan simpan entry dlm draft folder bajet ade org bleh baca kat situ...okla entry masakan kedua utk tahun ni (2012) ialah sup ayam cendawan...sesuai dimkn ketika demam sesema (sihat pun bleh mkn xde mslh punya)...Jom salin resepi ;-)

Bahan2 :

300gm ayam
2 paket cendawan
1 kiub Sup Punjut Knorr
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
sedikit cili api (optional)
1 set rempah 3 beradik (bunga lawang+kulit kayu manis+cengkih)
batang celery (bleh ganti ngan daun bawang+daun sup)


Cara-cara :

Tumbuk bwg merah+bwg putih+halia, tumiskan sehingga wangi
Masukkan kiub sup Punjut dan sedikit air
Masukkan ayam dan reneh sehingga ayam empuk
Masukkan air (utk kuah), perasakan dengan garam+gula
Akhir skali masukkan cendawan + batang celery
Angkat dan hidangkan dgn bwg goreng+daun sup (optional)

*kalau suka pedas bleh hidang dgn sambal kicap / cili potong






Friday, March 2, 2012

1st Anniversary (2nd Honeymoon)

Salam readers! Lamanya x membebel kat blog nih...xtau nape sgt2 malas sejak kebelakangan ni...banyak kali bukak blog, pastu tutup balik...mood sgt swing, berubah ikut masa dan kadar kepenatan...penat keje kot...okla kali ni nak citer psl honeymoon plak...bosan ler asyik post resepi je kan...sebut psl resepi ade byk resepi kat draft folder tp mcm yg sy ckp td...sy update blog ikut mood...jadi sape2 yg nak tgk resepi baru sila sabar menunggu ye (ade rasa mcm nak lempang x? hik3) ...sebelum sambung citer, just wanna wish happy 1st anniversary to me & hubby...ngeeee....actually anniversary kami spatutnya pada 11/02/2012 or 12/02/2012 (sy konpius nak amik tarikh nikah ke or tarikh sanding...nak dua2 bleh tak...haha) tapi kami berhoneymoon in advance (9-10 Feb 2012)...di mana kami berhoneymoon kali ni??? sila enjoyyy gambar2  di bwh sbb mood mls sy da dtg...hehe...lain kali sy sambung lg ye (larik laju-laju)


































Sunday, January 15, 2012

NASI TOMATO LAGI







Salam Tahun Baru readers!!! Lama rasanya x menjenguk blog sendu neh...last entry was in Dec 2011...Sebelum citer pasal resepi sy nak amik kesempatan utk ucapkan selamat tahun baru 2012 buat semua...moga tahun ini kita semua dilimpahkan rezeki dan rahmat dariNya...Aminnn...Okla ptg td sy masak nasi tomato lagi...sy rajin masak nasi tomato nih sbb favorite hubby...juga favorite sy...heee

Tp kali ni sy nak kongsi resepi untuk ayam masak merah + acar jelatah je...sbb resepi nasi sy da kongsi kat blog sebelum neh...sape2 yg berminat boleh check entry NASI TOMATO ye...

Ayam Masak Merah


Bahan2 :

1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar Holland*
2 ulas bwg putih*
20 tangkai cili kering* - dipotong dan rendamkan dgn air panas
1 inci halia*
3 sudu kicap
2 sudu sos cili
garam+gula secukup rasa

Cara2 :

(1) Gaulkan ayam dengan garam+kunyit, goreng dan ketepikan
(2) Blend semua bahan bertanda *
(3) Tumiskan bahan bertanda * (minyak kene byk)
(4) Masukkan kicap + sos cili
(5) Masak dgn api perlahan, perasakan dgn garam+gula
(6) Bila dah agak kering dan terbit minyak, masukkan ayam dan biarkan seketika
(7) Angkat dan hidangkan


Acar Jelatah


Bahan2 :

1 biji mentimun - dipotong panjang
1/2 biji carrot - dimayang halus
1/4 biji bawang besar Holland - dimayang halus
1/2 biji cili merah - dimayang halus
3 sudu cuka
garam+gula secukup rasa

Cara2 :

Gaulkan semua bahan di atas dan hidangkan...






p/s : mudah saje kan? selamat mencuba...;)


Thursday, December 22, 2011

KETAM MASAK SUP LADA HITAM





Minggu ni sy kurang sihat...bermula dengan pening+muntah+cirit birit...bila jumpa doctor he just said "i'll treat you as food poisoning or AGE"..Alhamdulillah lepas mkn ubat tu da ok...Lepas tu xsangka melarat sampai demam lak...Tambah haru bila gusi plak berdarah tanpa sebab...bila ke klinik doctor ckp kene amik darah (takutttnya!) sebab takut tkena jangkitan viral fever @ dengue...redha je la kan...org kata kalo demam denggi ni elok mkn sup ketam...so hubby pun gigih la mencari ketam kat pasar borong tu ptg2...nasib baik ade...sekilo RM12...dptla 3 ekor (saiz besar) dgn harga RM9...sejujurnya sy xpernah mkn or masak sup ketam...pernah dengar org sebut2 je tp xpernah rasa sendiri...slalunya sy masak ketam masak lemak, kari or masak cili je...bila google resepi kebanyakannya masak mcm sup biasa (sup ayam) letak sup bunjut Adabi tu...sy mcm xberkenan sgt sbb takut nnti rasa sup tu kuat sgt, so akan menenggelamkan kemanisan semulajadi ketam tu (gara-gara tpengaruh ngan MasterChef US!)...so sy gantikan dengan kiub sup Punjut Knorr...Dan sy tambah sedikit lada hitam untuk menambahkan flavor dlm sup tu...Setelah siap xsangka sup tu sedap!!! Oleh kerana sup tu sedap (apsal sampai 2 kali ckp sedap nih?)..maka sy nak kongsi ler resepi ni mana la tau kot2 ade yg demam or mengidam nak mkn sup ketam nih...heee

Bahan2 :

3 ekor ketam - dipotong 2
3 ulas bawang merah*
1 ulas bwg putih*
sedikit biji lada hitam*
1 inci halia*
(tumbuk semua bahan bertanda *)
sedikit cili merah @ cili padi
1 biji telur (optional)
1 kiub sup Punjut jenama Knorr
sedikit batang saderi (sy letak btg daun sup je sbb xde stok)
Garam+gula secukup rasa

Cara2 :

1) Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga wangi
2) Masukkan air + kiub sup Punjut
3) Masukkan ketam dan biarkan mereneh seketika
4) Setelah ketam agak masak, pecahkan telur di dalam kuah sup
5) Masukkan cili+saderi dan perasakan dengan gula+garam
6) Hidangkan sementara masih panas



IKAN DORI DGN SOS MASAM MANIS







Bahan2 :

Untuk ikan
2 keping filet ikan dori (dipotong kecil)
5 sudu tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
5 sudu tepung gandum - untuk dilumur pada ikan
(bancuhkan bahan bertanda* dengan air)

Untuk sos
3 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - dicincang
1/2 biji bawang besar Holland - dipotong dadu
1/2 biji capsicum merah+kuning+hijau - dipotong dadu
sedikit cili padi jika suka pedas
5 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos nampla
Garam+gula secukup rasa

Cara2 :

1) Lumurkan potongan ikan dori dengan tepung gandum
2) Celupkan dalam bancuhan tepung
3) Lumurkan sekali lg dengan tepung gandum
4) Ulang step di atas sehingga ikan habis
5) Goreng dlm minyak yg byk (deep fry), ketepikan
6) Tumiskan bwg putih + halia sehingga wangi
7) Masukkan bwg besar + capsicum, goreng seketika
8) Masukkan semua sos, perasakan dengan garam + gula
9) Tuangkan sos ke atas potongan ikan
10) Hidangkan




SUP EKOR ALA THAI



Semalam sy ke OTK utk aktiviti kegemaran...shopping barang dapur! xtau knapa...sy sgt suka membeli barang dapur...mcm satu kepuasan lak...pelik kan...slalunya pompuan ni suka shopping baju ke, kasut ke...tp sy suka shopping barang dapur...haha...xpela janji xkacau org kan...sambil2 shopping tu sy tnampak ekor lembu kat bahagian frozen food...tetiba trasa nak mkn sup ekor lak...balik umah trus gigih google resepi untuk sup ekor....byk version resepi untuk sup ekor nih tp sy lebih tertarik pada resepi sup ekor ala Thai yg sy jumpa kat MyResepi...kuantitinya sy ubah sket mengikut kesesuaian..Hasilnya sy dapat rasa sup ekor yg sama mcm sup kat kedai Thai tu...Jom layan :

Sup Ekor Ala Thai
Sumber : MyResepi

500gm ekor lembu
1 biji bwg besar – dipotong 4
1 inci halia
4 ulas bwg putih
½ biji bwg besar - dipotong 4
1 biji tomato – dipotong 4
3 batang serai
Sedikit daun limau purut
Sedikit cili api
2 sudu besar sos nampla
Sedikit asam limau nipis
Sedikit daun ketumbar (sy x suka daun ketumbar so sy gantikan dgn daun sup)

Cara2 :
1) Rebus ekor lembu bsama 1 biji bwg besar + halia selama 4jam atau lebih (sehingga lembut)
2) Tumis bwg putih (api besar mcm kat kedai tu, tp jgn sampai hangit ye)..pastu masukkan cili api, bawang besar, serai, tomato, daun limau purut..kacau seketika
3) Masukkan rebusan ekor, sos nampla, dan perasakan dengan garam
4) Perahkan asam limau + taburkan daun ketumbar semasa menghidang




sup ekor ni sesuai dimakan dgn sambal belacan+telur dadar+timun




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...