When The Story Begins....

Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!

Sunday, September 25, 2011

NASI TOMATO

Hi readers...mlm ni tetibe rajin nak update blog *diharap rajin sehingga siap dan bukannya separuh jln saje...hiks......minggu lepas sy terlebih rajin masak nasi tomato...mulanya tak terfikir pun nak masak meriah2 tp bile my hubby request nak mkn ayam masak merah, sy mula menjenguk peti ais, nasib sy baik sbb ade stock tomato, mentimun dan carrot. Maka terhasil la nasi tomato kat bwh ni...color nasik agak pucat sbb sy xguna tomato puree, just blend fresh tomato 2 biji...next time nak kene guna tomato puree so color die akan lebih meriah gitu...





Resepi utk nasi tomato ni sy godek2 kat google je...resepi asal guna susu cair tp oleh kerana xde stock sy just bancuhkan 1 sudu susu pekat dgn 1 cwn air... Jom salin resepi...

Bahan-Bahan:
4 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
2 biji tomato - cincang
4 sudu besar tomato puree
2 sudu besar majerin atau minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 4 cawan gak)
daun pandan disimpul - xnak letak pun xpe
2 ulas bawang putih - di mayang halus
3 ulas bawang merah -di mayang halus
1 inci halia
1 set penumis (bunga lawang+kayu manis+pelaga...)

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan penumis dengan minyak dan marjerin hingga kuning dan naik bau. Kalau nak senang guna periuk rice cooker terus.
2. Masukkan tomato, sos tomato, susu cair, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan dan alihkan periuk ke dalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau perlahan-lahan sehingga rata.
5. Tunggu sehingga masak dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.

Last sekali bleh la dimakan bersama ayam masak merah + acar jelatah...resepi utk 2 lauk ni nnti sy post kemudian ek...Selamat mencuba! ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...