When The Story Begins....

Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!

Friday, October 7, 2011

AYAM MASAK LEMAK CILI API N9

Entry kedua utk mlm ni......ayam masak lemak cili api nogori sembilan...bile sebut negeri sembilan ni mmg xsah la kalo xpedas kan...Jom salin resepi :


Bahan2 :


* ayam yg dah dibersihkan


cili api + serai di ketuk + sedikit kunyit hidup + asam keping


* santan pekat - anggaran 2 cwn


Cara2 :

Tumbuk / blend cili api + kunyit
Masukkan ayam + serai + bahan yg dah ditumbuk tadi, masak dgn api yg perlahan sehingga ayam separuh masak dan kering airnya, jgn lupa masukkan sedikit garam - refer gambarajah di bwh ye....mcm cikgu matematik lak...ahaks



Setelah air kering, masukkan santan + asam keping dan biarkan sehingga mendidih
Tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan








SUP SAYUR

Salam peeps....sebelum sambung tulis entry ni kene tarik nafas panjang2 sbb ade 30 resepi terperap dlm draft list...insyaallah akan cuba disiapkan mlm ni...bkn ape kesian gak kat pembaca blog ni asyik2 tgk post lama je...mesti boring kan...ok kita mulakan dengan resepi sup sayur...Sup ni sgt senang and mudah disediakan...Jom salin resepi :






Bahan2 :

2 ulas bwg putih
1 biji telur (kalau nak letak lebih pun xpe)
1 paket perencah sup sayur Adabi (bleh refer gambar kat bawah)
sayur - kobis+carrot+sawi dipotong ikut citarasa
1 biji tomato - dipotong 6
sedikit daging ayam dicincang halus *optional
Garam secukup rasa

Cara2 :

Tumis bwg putih sehingga wangi
Masukkan perencah sup sayur Adabi + sedikit air
Masukkan ayam *xnak letak pun xpe
Masukkan air selebihnya untuk kuah + sedikit garam
Setelah mendidih masukkan telur *jgn pecahkan biarkan je sebijik2
Setelah telur masak masukkan sayur dan biarkan sehingga sayur layu
Akhir skali masukkan tomato
Angkat dan hidangkan

P/S : Hati2 letak garam sebab perencah sup sayur tu dah masin...tq




* perencah sup sayur Adabi pilihanku...;)




Thursday, September 29, 2011

BUBUR KACANG






Salam readers...haaa memandangkan 2, 3 entry lepas berkisarkan lauk pauk je, mlm ni sy entry sy berkenaan dessert la plak...mlm ni sy nak kongsi resepi bubur jagung special...nape special? sbbnya bubur ni mengandungi bahan tambahan, bkn spt bubur kacang biasa...Tak caya? Jom kita godek resepi...

Bahan2 :

300 gm kacang hijau
1 tin sweet redbeans (kacang merah)
1 tin sweetcorn (jagung manis)
4 cwn santan pekat
Gula merah secukupnya


Cara2 :

1) Cuci kacang hijau dan rebus sehingga lembut
2) Masukkan santan + gula merah (bleh guna gula pasir biasa)
3) Masukkan sweetcorn + redbeans
4) Masak sehingga mendidih
5) Hidangkan dgn roti atau bleh dimakan begitu sahaja


GULAI LEMAK UDANG





Bahan2 :

15 ekor udang sederhana besar
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
4 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
5 tangkai cili kering - dibuang biji dan rendamkan dgn air suam
2 cwn santan pekat
5 batang kacang panjang - dipotong kecil
2 biji cili merah
1 keping asam keping
Garam secukupnya


Cara2 :

1) Blend bwg putih+bwg merah+lengkuas+kunyit+cili kering
2) Satukan bahan yg telah di blend dgn santan di dlm periuk, masukkan garam
3) Masak dgn api sederhana dan perlu sentiasa dikacau utk mengelakkan kuah berketul2
4) Setelah mendidih masukkan udang + kacang panjang + cili merah + asam keping
5)Biarkan seketika sehingga udang masak. Angkat dan hidangkan


P/S : anda bleh gantikan udang dengan ketam, cara masakan tetap sama....Selamat Mencuba! ;)

Wednesday, September 28, 2011

KERABU PERUT



Salam peeps...mlm ni gigih nak siapkan 3 entry sekaligus...puncanya xleh tido punya pasal...haha...semalam sy masak kerabu perut kegemaran hubby...actually kerabu perut ni sy xbrapa gemar sgt...sbb rasanya yg masam mcm xkene bg sy kalo nak dimakan bsama nasik...hurmm bgantung pada penerimaan masing2 kot sbb sy tgk hubby ok je mkn...huhu...tapi xpela memandangkan hubby sy cukup suka mkn kerabu perut ni...sy masak je utk die...sbb masih mau berusaha utk jd isteri yg baik...insyaAllah...hehe

Bahan2 :

perut lembu - dibersihkan dan direbus sehingga lembut
3 ulas bawang merah dicincang halus
3 biji cili padi merah dipotong halus
3 btg kacang panjang dipotong halus
1 biji tomato dipotong dadu
2 biji air perahan limau nipis
garam secukup rasa






Cara2 :

1) Gaulkan semua bahan dah hidangkan.





SUP AYAM SPECIAL



Salam all...minggu lepas my hubby demam...sakit tekak katanya nak menelan pun sakit...Org ckp kalo demam mkn sup panas2 bleh buat kebah, tambah2 ngan sakit tekak mmg xdigalakkan mkn makanan bergoreng or berminyak...so sy masak sup ayam special (katanya) khas utk hubby tersayang...hehe


Bahan2 :

300gm ayam
3 ulas bwg merah - dimayang halus
2 ulas bwg putih - dimayang halus
1 inci halia - dititik
1 paket sup bunjut Adabi
1 set penumis (bunga lawang+kayu manis+pelaga...)
2 biji kentang - dipotong 6
1 batang carrot - dipotong dadu
2 btg saderi - dipotong dadu
Air secukupnya utk kuah
Garam dan perasa secukup rasa


Cara2 :

1) Tumis bwg merah + bwg putih + halia + penumis sehingga wangi
2) Masukkan sedikit air dan sup bunjut + sedikit garam
3) Masukkan ayam + kentang + carrot dan reneh seketika (tutup periuk dan pastikan api perlahan)
4) Setelah ayam masak dan kentang lembut masukkan baki air utk kuah
5) Masukkan garam secukupnya
6) Setelah mendidih masukkan btg saderi yg dipotong dadu
7) Hidangkan dgn daun sup + daun bawang + bawang goreng

Sunday, September 25, 2011

NASI TOMATO

Hi readers...mlm ni tetibe rajin nak update blog *diharap rajin sehingga siap dan bukannya separuh jln saje...hiks......minggu lepas sy terlebih rajin masak nasi tomato...mulanya tak terfikir pun nak masak meriah2 tp bile my hubby request nak mkn ayam masak merah, sy mula menjenguk peti ais, nasib sy baik sbb ade stock tomato, mentimun dan carrot. Maka terhasil la nasi tomato kat bwh ni...color nasik agak pucat sbb sy xguna tomato puree, just blend fresh tomato 2 biji...next time nak kene guna tomato puree so color die akan lebih meriah gitu...





Resepi utk nasi tomato ni sy godek2 kat google je...resepi asal guna susu cair tp oleh kerana xde stock sy just bancuhkan 1 sudu susu pekat dgn 1 cwn air... Jom salin resepi...

Bahan-Bahan:
4 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
2 biji tomato - cincang
4 sudu besar tomato puree
2 sudu besar majerin atau minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 4 cawan gak)
daun pandan disimpul - xnak letak pun xpe
2 ulas bawang putih - di mayang halus
3 ulas bawang merah -di mayang halus
1 inci halia
1 set penumis (bunga lawang+kayu manis+pelaga...)

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan penumis dengan minyak dan marjerin hingga kuning dan naik bau. Kalau nak senang guna periuk rice cooker terus.
2. Masukkan tomato, sos tomato, susu cair, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan dan alihkan periuk ke dalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau perlahan-lahan sehingga rata.
5. Tunggu sehingga masak dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.

Last sekali bleh la dimakan bersama ayam masak merah + acar jelatah...resepi utk 2 lauk ni nnti sy post kemudian ek...Selamat mencuba! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...