Bahan2 :
15 ekor udang sederhana besar
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
4 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
5 tangkai cili kering - dibuang biji dan rendamkan dgn air suam
2 cwn santan pekat
5 batang kacang panjang - dipotong kecil
2 biji cili merah
1 keping asam keping
Garam secukupnya
Cara2 :
1) Blend bwg putih+bwg merah+lengkuas+kunyit+cili kering
2) Satukan bahan yg telah di blend dgn santan di dlm periuk, masukkan garam
3) Masak dgn api sederhana dan perlu sentiasa dikacau utk mengelakkan kuah berketul2
4) Setelah mendidih masukkan udang + kacang panjang + cili merah + asam keping
5)Biarkan seketika sehingga udang masak. Angkat dan hidangkan
P/S : anda bleh gantikan udang dengan ketam, cara masakan tetap sama....Selamat Mencuba! ;)
No comments:
Post a Comment