sumber : Blog Permata Hati
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”
Sebenarnya,
setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang
membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara
langsung atau tidak langsung.
Namun,
sebelum mahu membentuk anak menjadi soleh, ibu atau bapa hendaklah berusaha
menjadi ibu yang solehah dan bapa yang soleh.
Pertama,
perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita
paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan
kita lakukan.
Kedua,
banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu
doa daripada al-Quran atau Hadis.
Antaranya
doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran :
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan
yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Begitu juga
surah Ibrahim ayat 40: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang
mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan
kami, perkenankan doa permohonan ku.”
Ketiga,
suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu
boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan
dibimbangi mempengaruhi anak.
Keempat,
jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan
perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri,
begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya
dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang
membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu
(wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan
(rahmah)…”
Kelima,
banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah
Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang.
Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan
al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.
No comments:
Post a Comment