When The Story Begins....
Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!
Sunday, April 27, 2014
AYAM PERCIK PUTIH VERSI KELANTAN
Bahan2 :
2 ketul paha ayam - size 1/4
2 cawan santan pekat*
1/2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih - untuk kuah*
1 inci halia - untuk kuah*
2 inci halia - untuk rebus ayam
1 inci halia - untuk perap ayam
2 ulas bwg putih - untuk perap ayam
2 batang serai - diketuk
sedikit asam keping
sedikit lada hitam - ditumbuk
sedikit bancuhan tepung gandum / tepung beras
garam + gula secukup rasa
Cara2 :
(1) Bersihkan ayam pastu rebus dengan sedikit air + halia + garam ...nak kukus pun boleh...tapi saya malas so rebus je...haha
(2) Bila ayam dah masak toskan pastu perap dengan halia + bawang putih yang telah ditumbuk
(3) Bakar ayam sehingga bahagian luar agak garing + isi dalam agak kering
(4) Blend bahan2 yang bertanda *
(5) Masak bahan2 yang diblend dengan api sederhana...masukkan serai + asam keping + lada hitam...perasakan dengan garam + gula
(6) Bila kuah dah agak pekat masukkan bancuhan tepung gandum / tepung beras...kacau sehingga kuah menjadi pekat
(7) Bakar ayam yang bersalut kuah untuk menyedapkan lg rasa ayam percik mcm gambo kat bawah...Selamat Mencuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum awak. wahh nice resepi! terliur sheila tengok. teringin nak rasa ayam percik putih ni ~~~
ReplyDelete