Jenis ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah
nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan
mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar,
mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari,
sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu
rahim.Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis
ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas,
daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia.
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin,
termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas,
terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja,
daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun
kari, daun bebuas dan daun ruku.
Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung,
timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga
putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai,
jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk
serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti
nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai
cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang
udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan
binjai.
Makanan tersebut dilarang
kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit
tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai
artritis dan rheumatisme.
Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan
memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua,
garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk
mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk
melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
notakaki : sy terjumpa nota ni masa blogwalking pasal confinement...macam tertarik plak sebab kat sini siap ade list untuk food to avoid during our confinement period..so takdela makan main hentam jek kan...nota ni sy buat khas untuk diri saya & kawan2 yg bakal berpantang :)
No comments:
Post a Comment