When The Story Begins....

Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!

Monday, September 5, 2011

PUDING KASTARD BERKUAH COCKTAIL

Tudiaaaa mak jemah nama bukan main lg nak glemer aje kan...actually sy pon xtau nama sebenar puding ni...men letak je nama die...al-kisahnya sy buat trifle masa raya ari tu, so ade la 1 tin cocktail berbaki...xtau nak wat ape, sy buat je puding kastard + kuah cocktail...sesuai benar la dimakan di waktu cuaca yg panas ala2 kat Miami nih...huhu

Setelah lebih kurang setengah jam kung kang kung kang kat dapo, ni la hasilnya ;)






Puding Kastard Berkuah
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara:
1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).
4. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.


Bahan utk kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit cocktail
1 cawan air masak
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.
2. Dengan api yg kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (Tak perlu hingga mendidih).
3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
4. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...