Kemain panjang title...haha...actually resepi ni mmg sy dapat dari kakak ipar sy...seyes sedap sbb yang nih versi lain sikit...ade serai...cili api...nak kata versi thai pun bleh jadi jugak...
Bahan2 :
1 ekor ikan siakap
tepung goreng serbaguna / tepung KFC - sy guna tepung serbaguna NONA
1 biji telur
1/2 biji bawang besar kuning*
3 ulas bwg putih*
1 inci halia*
2 batang serai*
5 biji cili api*
1 biji cili merah
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
sedikit daun ketumbar
Cara2 :
(1) Bersihkan ikan...perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah...lumurkan dengan telur dan tepung serbaguna...goreng secara deep fried
(2) Mayang halus semua bahan bertanda *
(3) Tumiskan bahan yang telah dimayang...masukkan kicap + segala sos...perasakan dengan garam dan gula
(4) Siramkan kuah tadi ke atas ikan...hiaskan dengan cili merah & daun ketumbar
No comments:
Post a Comment