When The Story Begins....

Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!

Friday, October 7, 2011

BUTTER PRAWN





Hi there...cubaan kedua membuat butter prawn...nasib baik menjadi...at least better than the 1st time...okla kan...nama pun chef amatur...hehe...Resepi ni sy amik kat blog PeriukTanah...mintak halal ye kak...;)



Bahan-bahan:

500 gm udang
2 biji kuning telur gred A
3- tangkai daun kari- dilurut daunnya
5 ulas bawang putih dicincang halus
5 biji cili api (akar) dihiris halus
sedikit garam, kunyit dan 1/2 sudu teh lada sulah
2 sudu besar mentega
1/2 cawan minyak untuk menggoreng udang

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Gaulkan udang dengan garam, kunyit dan lada sulah. Goreng udang selama 3-5 minit (bergantung kepada saiz udang) dan angkat. Toskan.

2. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu besar sahaja. Panaskan dan goreng daun kari, cili padi dan bawang putih hingga wangi. Angkat dan taburkan di atas udang goreng tadi.

3. Campurkan mentega ke dalam minyak dalam kuali tadi. Sediakan acuan roti jala. Pukul sedikit kuning telur dengan garpu. Panaskan kuali. Masukkan kuning telur ke dalam acuan roti jala. Lalukan acuan roti jala mengikut arah jam di dalam kuali sambil sebelah tangan lagi mengacau telur tersebut. Apabila telur nampak garing... cedokkan dengan sudip berlubang. Taburkannya di atas udang goreng tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...