When The Story Begins....

Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!

Tuesday, October 11, 2011

FRIED EGG TOFU WITH VEGETABLES





Salam guys...ptg ni sy masak simple je....niat nak abiskan sayur dlm peti ais sbb minggu dpn nak tambah stok baru...So sy masak tofu telur + sayuran dan ayam goreng kunyit...Sy kongsi resepi utk tofu telur je la ye...ayam goreng kunyit rasanya semua dah tau camne nak masak kan...


Bahan2 :

3 pek tofu telur - dipotong 2 setiap satu
2 ulas bwg putih - diketuk
1/2 biji bwg besar Holland - dipotong kecil
1 kiub pati ayam Knorr / Maggi
1 biji cili merah - dipotong halus
1 btg carrot - dipotong kecil
sedikit bunga kobis - bleh guna brocoli kalau suka
sedikit baby corn
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air
sedikit air
garam secukup rasa


Cara2 :

Gorengkan tofu telur dgn sedikit minyak sehingga keperangan, ketepikan.
Tumis bwg putih + bwg besar + cili merah sehingga wangi
Masukkan kiub pati ayam + sedikit air, biarkan mendidih
Then masukkan bancuhan tepung jagung + sedikit garam
Pastikan anda rasa dulu masakan sebelum letak garam sbb kiub pati ayam dah sedia masin!
Setelah kuah agak pekat masukkan sayuran dan biarkan seketika
Angkat dan hidangkan



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...