When The Story Begins....

Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!

Sunday, April 27, 2014

AYAM PERCIK PUTIH VERSI KELANTAN



Bahan2 :

2 ketul paha ayam - size 1/4
2 cawan santan pekat*
1/2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih - untuk kuah*
1 inci halia - untuk kuah*
2 inci halia - untuk rebus ayam
1 inci halia - untuk perap ayam
2 ulas bwg putih - untuk perap ayam
2 batang serai - diketuk
sedikit asam keping
sedikit lada hitam - ditumbuk
sedikit bancuhan tepung gandum / tepung beras
garam + gula secukup rasa


Cara2 :

(1) Bersihkan ayam pastu rebus dengan sedikit air + halia + garam ...nak kukus pun boleh...tapi saya malas so rebus je...haha
(2) Bila ayam dah masak toskan pastu perap dengan halia + bawang putih yang telah ditumbuk
(3) Bakar ayam sehingga bahagian luar agak garing + isi dalam agak kering
(4) Blend bahan2 yang bertanda *
(5) Masak bahan2 yang diblend dengan api sederhana...masukkan serai + asam keping + lada hitam...perasakan dengan garam + gula
(6) Bila kuah dah agak pekat masukkan bancuhan tepung gandum / tepung beras...kacau sehingga kuah menjadi pekat
(7) Bakar ayam yang bersalut kuah untuk menyedapkan lg rasa ayam percik mcm gambo kat bawah...Selamat Mencuba!











DADIH PISANG NYONYA




Bahan2:

3 biji pisang nangka
2 cawan santan pekat
sedikit tepung beras
secubit garam
1 sudu besar sirap rose
1/2 cawan gula
1 cawan air
sedikit daun pandan



Cara2 :

(1) Kukus pisang selama 10 minit
(2) Masak santan pekat + bancuhan tepung beras + sedikit garam sehingga pekat
(3) Masak sedikit air + sirap rose + gula + daun pandan sehingga mendidih
(4) Hidangkan semua bahan yang dah dimasak di dalam mangkuk dessert...memula letak pisang...letakkan air gula sirap + santan pekat...enak dimakan sejuk









Thursday, April 24, 2014

MY PREGNANCY JOURNEY : MGTT @ 20 WEEKS++

Alkisahnya berat sy naik mendadak masa last check up...bayangkan dari 54.05kg bleh naik sampai 58.35kg...nurse pun terkejut sebab naik banyak sgt katanya...tapi nasib baik die xmarah...gelak2 lg ade la sebab sy byk kali naik turun scale tu..ingatkan scale tu rosak ke ape...so kesimpulannya kene minum air gula...nurse dah pesan suh puasa start kul 10mlm sebelum wat MGTT tuh...maka gigih la puasa xmakan or minum pape pun dari malam sampai la pagi berikutnya...

Maka pagi tadi sebelum kul 8.00pagi sy dah tercangak kat depan klinik...konon semangat nak minum air gula padahal dalam hati mak ai takutnya...dah la kakak2 kat opis smua citer yang air gula tu x best langsung...siap ada yang pitam2 lagi lepas minum...lagi la ngeri bile dengar...huhu




Klinik Kesihatan Ibu & Anak Presint 3...kat sini la sy go through monthly check up seawal usia kandungan 3bln...bukak buku merah pun kat sini..so far service sgt2 okay...nurse semua baik2 je...peramah uollss...xde nak marah2 tengking2 segala...biasanya orang ckp check up klinik kerajaan ni makan masa yang lama..nurse pulak garang...tp so far pengalaman sy okay je dengan klinik kerajaan nih...xde masalah pun bagi sy...Alhamdulillah maybe rezeki sy dapat klinik yang okay kot...

So procedure MGTT nih mula2 masa sampai je kat klinik nurse akan amik darah...pastu terus minum air gula yang nurse dah bancuh siap2...luckily sy dapat air gula perisa anggur..rasa lebih kurang air ribena yang terlebih gula...masam-masam manis gitu...tapi takdela teruk sgt rasa die...sedap je...maybe sbb sy dah lapar sgt kot tu yang rasa sedap je...haha



Haa ni lah rupa air gula tuh...sy xsempat plak nak snap gamba masa mula2 nak minum tuh...sebab dah nebes sgt kan...gambar nih sy cilok kat google jeh...mintak halal ye tuan punya gamba...hehe...cuma yg sy minum tuh 3/4 gelas...byk sikit la drp dalam gamba nih...tips sy untuk mommies yang kene minum air gula tuh jangan minum sekaligus..minum sikit2 sbb kalo tuang sekaligus perit gila tekak...maybe sebab air die manis sgt...pastu bayangkan minum air ribena ais mcm kat bawah nih...haha





Nampak sgt mengujakan bukan....haha...okla lepas dah minum 1 gelas air gula tuh kene tunggu 2jam baru nurse akan amik darah lagi sekali...tp tak boleh makan or minum ye sepanjang 2jam tuh...tengah dok melayan ngantuk ngan pening2 tuh tetiba nurse ckp dorang akan buat demo masakan...terus segar bijik mata...masak memasak kan mmg pebret iollss...so arini dapat belajar 2 resepi untuk kanak2 berumur 1-2tahun...bagus jugak klinik Presint 3 nih at least xdela bosan nak menunggu 2jam tu kan...



Ni la demo masakan tuh..nurse ajar 2 resepi...begedil ayam + nasi goreng planta...best gak sebab sepanjang tempoh demo tu nurse byk la bg tips camne nak tackle anak2 untuk makan makanan berkhasiat especially untuk anak2 yang kurang berat badan...maka dapat la tips2 berguna untuk pemakanan anak nanti...Lepas 2jam dlm kul 10.30pg gitu nurse panggil untuk amik darah kali kedua...pas amik darah tu nurse suruh jumpa doctor untuk pemeriksaan gigi plak...pastu dah bleh balik dah...sebelum balik nurse bagi free gift...dapat pampers Huggies Dry...lagi satu pack Pampers ngan tuala tu plak adiah kuiz imunisasi...jawab soalan senang gila pastu dapat adiah...best gile...pastu dapat nasi planta + begedil ayam dalam bekas kecik cenonet tuh...ok jom balik sekarang...yeay!




Ok dah abis sesi MGTT tu trus ajak hubby gi Alamanda sebab dah ngidam nak mkn steam rice chicken kat The Chicken Rice Shop...pastu tetiba terasa nak makan Big Apple pulak...ended up beli dua2 skali...tq daddy sebab melayan tekak buaya mummy nih...hahahahaha okbye











Thursday, April 17, 2014

STEW DAGING



Bahan2 :

500gram daging*
1 btg carrot*
1 batang celery*
3 biji kentang*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit lada hitam - ditumbuk
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
2 kiub pati lembu
garam + gula
sedikit bancuhan tepung jagung (1 sudu tepung jagung)


Cara2 :

(1) Bahan2 yang bertanda * dipotong dadu
(2) Tumis bawang putih dengan sedikit minyak
(3) Masukkan semua bahan ke dalam pressure cooker / periuk biasa..masukkan 3 cawan air...
(4) Reneh sehingga kuah menjadi pekat
(5) Kalo malas nak tunggu buh sedikit bancuhan tepung jagung (macam saya buat...heeee)
(6) Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa










Wednesday, April 9, 2014

CHECKLIST BARANG UNTUK NEWBORN BABY & KEPERLUAN IBU KE HOSPITAL BERSALIN

1) KEPERLUAN DI HOSPITAL

IBU

1.kad rawatan bulanan
2.nursing bra
3.nursing pad
4.maternity panty
5.sanitary pad
6.baju panas
7.stokin
8.kain batik
9.sabun
10.berus gigi
11.tuala mandi
12.sikat
13.selipar
14.peralatan makan
15.pakaian untuk pulang


BAYI

1.diapers
2.tuala (receiving towel)
3.tuala mandi
4.wet tissue
5.tissue
6.baju bayi
7.selimut
8.mittens (sarung tangan & sarung kaki)
9.stokin
10.barut baby


2) KEPERLUAN DI RUMAH

MANDIAN

1.tuala
2.sabun bayi
3.shampoo
4.bedak
5.lotion
6.besen mandian
7.minyak rambut
8.krim bayi (nappy rash)

TIDUR

1.set tilam bayi
2.kelambu
3.buaian
4.selimut

PAKAIAN

1.baju lengan panjang
2.seluar lengan panjang
3.baju lengan pendek
4.seluar lengan pendek
5.rompers
6.mittens (sarung tangan + sarung kaki)
7.barut baby

LAIN-LAIN

1.bakul baju baby
2.bakul sampah
3.baby wipes
4.baby detergent
5.cotton buds
6.set berpantang untuk ibu
7.supplements untuk ibu
8.breast pumps












Monday, April 7, 2014

MAKANAN TERBAIK UNTUK IBU SEMASA BERPANTANG

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. 

Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


notakaki : sy terjumpa nota ni masa blogwalking pasal confinement...macam tertarik plak sebab kat sini siap ade list untuk food to avoid during our confinement period..so takdela makan main hentam jek kan...nota ni sy buat khas untuk diri saya & kawan2 yg bakal berpantang :)








Friday, April 4, 2014

ROASTED CHICKEN ALA KENNY ROGERS



Menu nih sy masak sbb terpengaruh dengan roasted chicken kat Kenny Rogers tuh...Setiap kali gi KRR mesti order quarter meal which is 1/4 roasted chicken pastu ade 3 side dish...slalunya sy order mac n cheese, whipped potato ngan fresh fruits...kekadang tukar coleslaw...tgk mood jugak...hehe

Tp aritu terajin plak nak masak sdiri...resepi main bantai je janji rasa dan rupa die lebih kurang...HAHA

RESEPI ROASTED CHICKEN

Bahan2 :

1/4 ayam - 2 ketul
bawang merah - tumbuk
bawang putih - tumbuk
halia - tumbuk
kicap
sos tiram
sos blackpepper
gula
kiub pati ayam
golden syrup/madu
serbuk blackpepper (kasar)

Cara2 :

(1) Campurkan bahan2 dan perap ayam selama 1/2 jam
(2) Bakar ayam selama 20 minit @ 180 degC...pastu sapu minyak masak + rempah perapan ayam kat ayam td and sambung bakar lg 20 minit @ sehingga masak


# ini la rupa ayam yang dah diperap...pastu kita bakorrrr



RESEPI MAC N CHEESE

Bahan2 :

macaroni - rebus dan toskan
cheese powder - bancuhkan dengan air suam
sedikit fresh milk
sedikit lada sulah

Cara2 :

Campurkan semua bahan...perasakan ikut selera masing2


Note : Untuk resepi brown sauce + coleslaw bleh refer kat SINI....selamat mencuba!






Thursday, April 3, 2014

KELI MASAK TEMPOYAK



Salam guyss...Ni pun salah satu menu kegemaran...keli masak tempoyak...Sedapnyaaaa...tp yang peliknya sy xmakan durian...tp tempoyak boleh pulak telan...ngada kanssss

Resepi keli masak tempoyak boleh tgk kat sini : PATIN MASAK TEMPOYAK : resepi sama je cuma tukar ikan patin tu kepada ikan keli...the rest follow jek resepi tuh okayyyy










5 Tips Melahirkan Anak Soleh





Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi soleh, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang solehah dan bapa yang soleh.

Pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.
Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran :  “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
Begitu juga surah Ibrahim ayat 40:  “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.








10 Tips Kesihatan Terbaik Ketika Hamil



Anda akan merasa satu perasaan yang sangat indah semasa kehamilan jika anda dapat menjaga kesihatan diri anda dengan terbaik. Untuk memastikan kesihatan anda sentiasa berada pada tahap yang terbaik sewaktu kehamilan, anda boleh ikuti tip-tip berikut :

1. Makan lima atau enam hidangan seimbang setiap hari.

2. Mengambil vitamin pranatal setiap hari seperti yang diarahkan oleh doktor atau bidan .

3. Minum banyak air – sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas sehari – elakka kafein dan pewarna tiruan.

4. Jangan minum alkohol.

5. Jangan merokok atau membenarkan diri anda terdedah kepada asap rokok.

6. Latihan – ianya  penting untuk kesihatan anda dan juga boleh membantu mengurangkan tekanan. Ambil kelas senaman kehamilan atau berjalan sekurang-kurangnya lima belas dua puluh minit setiap hari pada kadar yang sederhana. Berjalan dalam sejuk , kawasan teduh atau di dalam bangunan untuk mengelakkan daripada pemanasan melampau.

7. Dapatkan tidur yang cukup – sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam. Jika anda mengalami gangguan tidur, cuba tidur tidur di siang hari dan cuba berjumpa doktor anda untuk mendapatkan nasihat.

8. Pakai pakaian yang selesa, elakkan memakai kasut yang ketat dan cuba rehatkan kaki anda beberapa kali sehari untuk mengelakkan keletihan dan bengkak pada kaki , kaki, dan buku lali.

9. Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan semasa berada di dalam kenderaan . Wanita hamil perlu duduk sejauh yang mungkin dari beg udara .

10. Jangan mengambil ubat- ubatan di kaunter atau ubat-ubat herba tanpa berunding dengan doktor atau pegawai perubatan anda.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...