When The Story Begins....

Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!

Thursday, October 27, 2011

MEE CURRY + GRADUATION DAY





Salam all, sejak Ahad lepas family hubby sy menginap di rumah, sempena menghadiri majlis konvo adik ipar sy kat Uitm Shah Alam ari Selasa lepas. Hubby sy amik cuti temankan diorang ke uitm tp sy xhadir sbb keje...so sbg tanda maaf sy belikan kek utk adik ipar sy sempena graduation day beliau...sepanjang perjalanan pulang sy terfikir nak msk ape utk mkn mlm diorang, bosan mkn nasi so sy terfikir nak msk mee curry. Jom tgk resepi :


Bahan2 :

2 bungkus mi kuning - dibersihkan dan ditoskan
sedikit isi ayam bahagian dada - dipotong kecil
sedikit sotong + udang - optional
1/2 paket fish cake - dipotong kecil (bleh ganti dgn fish ball)
2 paket rempah kari ayam/daging Adabi - dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar cili giling - kalo xsuka pedas xyah letak
1 set penumis
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
2 cawan santan pekat - dicampur dgn 1 cwn air
sedikit air asam jawa
3 biji telur - direbus dan dipotong 2 atau 4
1 ikat sawi hijau - dipotong kecil dan dicelur
sedikit taugeh - dicelur
2 biji cili merah - dipotong halus
minyak utk menumis
garam secukup rasa


CARA2 :

(1) Tumiskan bwg merah + bwg putih + penumis
(2) Masukkan cili giling + rempah kari + air asam jawa
(3) Masak sehingga wangi, masukkan ayam + fish cake dan biarkan mereneh seketika
(4) Masukkan santan dan kacau sebati, biarkan sehingga mendidih, letak garam secukup rasa (masukkan sedikit air jika kuah kelihatan agak pekat)
(5) Setelah mendidih masukkan sotong + udang
(6) Angkat dan hidangkan mee bersama kuah kari + telur + cili merah + sawi + taugeh








2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...