When The Story Begins....

Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!

Friday, October 7, 2011

NASI GORENG AYAM



Wahhh bertemu lg kita dlm rancangan memasak cik kiah...kali ni sy nak kongsi resepi yg menjadi kegemaran ramai....ramai yg suka mkn tp xramai yg suka masak...haha...nasi goreng ayam ni nampak mcm susah je nak masak but the truth is, kalau korang da terel, pejam mata pun bleh siap *ade unsur tipu sket di situ* sbb kalau pejam mata mesti berterabur nak masak kan...ok dah xmau melalut panjang2 jom tgk resepi mana tau esok tetibe dtg ilham nak masak nasi goreng ayam kan? ;-)


Bahan2 :

4 senduk nasi
2 ulas bwg putih diketuk
2 sudu cili giling
sedikit mix vege (sy xsuka mix vege so ape yg sy buat sy potong carrot + kacang panjang halus2...nampak mcm mix vege dlm gambar tu kan? jgn tertipu! hehe)
sebiji telur @ sedikit isi ayam dipotong halus
Garam secukup rasa

Cara2 :

Tumis bwg putih dan masukkan cili giling, goreng sehingga wangi
Masukkan telur @ isi ayam + garam, kacau sebati
Then masukkan sayur @ mix vege (tpulang pada selera masing2)
Last skali masukkan nasi dan kacau sehingga rata

Utk ayam goreng, sy goreng ayam guna tepung goreng ayam Seri Aji perisa original. Lepas goreng potong kecik2, tuang sos cili dan hidangkan bsama nasi goreng. Senang kan? Selamat mencuba! ;)

MIHUN GORENG TOMYAM






Bahan2 :

1 paket mihun jenama Jasmine - direndam dgn air panas dan sejatkan
1 biji bawang besar Holland - dicincang halus , nak tumbuk pun bleh
3 ulas bawang putih - diketuk
2 kiub tomyam Maggie
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
5 sudu cili giling
5 biji cili padi diketuk
2 biji cili merah dimayang halus
1 btg carrot dipotong halus
sedikit daun limau purut dicarik halus
2 btg serai diketuk
sedikit udang, sotong atau ayam mengikut citarasa
Garam secukup rasa



Cara2 :

Tumis bwg putih + bwg besar + cili giling + sos cili + cili padi + sos tiram + cili merah
Setelah wangi masukkan kiub tomyam + daun limau purut + serai + garam
Masukkan ayam / seafood dan kacau sehingga ayam masak
Kemudian masukkan carrot dan kacau seketika
Akhir sekali masukkan mihun dan kacau sehingga rata
Angkat dan hidangkan








GULAI KARI UDANG






Kalau ditanya ttg makanan kegemaran sy...pastinya sy akan jawab udang dan ayam! Sbb tu kalau anda perasan, entry masakan sy byk berkisar ttg ayam dan juga udang....Entry ni jugak psl udang...tp kali ni masakan sy agak berbeza...Sy bg nama gulai kari udang....sbb org Kelantan mmg akan panggil semua masakan kari tu gulai...hehe...Jom salin resepi :

Bahan2 :

15 ekor udang - dibersihkan, tpulang pd anda nak buang kpala or x
3 ulas bwg merah - dimayang halus
2 ulas bwg putih - dimayang halus
1 inci halia - dicincang halus
1 set penumis (kulit kayu manis+bunga lawang+cengkih+pelaga)
1 paket serbuk kari udang/ketam Adabi - dibancuh dgn sedikit air menjadi pes
2 cwn santan / 1 kotak kecil santan segera
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa


Cara2 :

Tumiskan bwg putih + bwg merah + halia + penumis sehingga naik bau
Masukkan pes serbuk kari dan kacau sehingga masak
Kemudian masukkan udang dan kacau sebentar
Setelah udang separuh masak masukkan santan + air asam jawa + garam
Biarkan hingga mendidih dan agak kering
Angkat dan hidangkan



BUTTER PRAWN





Hi there...cubaan kedua membuat butter prawn...nasib baik menjadi...at least better than the 1st time...okla kan...nama pun chef amatur...hehe...Resepi ni sy amik kat blog PeriukTanah...mintak halal ye kak...;)



Bahan-bahan:

500 gm udang
2 biji kuning telur gred A
3- tangkai daun kari- dilurut daunnya
5 ulas bawang putih dicincang halus
5 biji cili api (akar) dihiris halus
sedikit garam, kunyit dan 1/2 sudu teh lada sulah
2 sudu besar mentega
1/2 cawan minyak untuk menggoreng udang

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Gaulkan udang dengan garam, kunyit dan lada sulah. Goreng udang selama 3-5 minit (bergantung kepada saiz udang) dan angkat. Toskan.

2. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu besar sahaja. Panaskan dan goreng daun kari, cili padi dan bawang putih hingga wangi. Angkat dan taburkan di atas udang goreng tadi.

3. Campurkan mentega ke dalam minyak dalam kuali tadi. Sediakan acuan roti jala. Pukul sedikit kuning telur dengan garpu. Panaskan kuali. Masukkan kuning telur ke dalam acuan roti jala. Lalukan acuan roti jala mengikut arah jam di dalam kuali sambil sebelah tangan lagi mengacau telur tersebut. Apabila telur nampak garing... cedokkan dengan sudip berlubang. Taburkannya di atas udang goreng tadi.

AYAM MASAK SOS TIRAM





Bahan2 :

300 gm ayam
3 ulas bwg merah - dimayang halus
2 ulas bwg putih - dimayang halus
5 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
1/2 biji bawang besar - dipotong 4
5 biji cili padi - dipotong halus
sedikit brokoli


Cara2 :

Tumiskan semua bawang + cili padi sehingga wangi
Masukkan sos tiram + kicap + sedikit air
Masukkan ayam dan biarkan sehingga mendidih
Masukkan brokoli dan kacau sehingga brokoli masak
Angkat dan hidangkan

AYAM MASAK PAPRIK







Bahan2 :

500gm daging ayam - bahagian dada dihiris nipis
3 ulas bwg putih - diketuk
1 biji bwg besar Holland - dipotong 8
1/2 biji capsicum merah+hijau+kuning (bleh ganti dgn cili merah)
3 sudu kicap
3 sudu sos tiram
5 sudu sos cili
2 sudu sos nampla
sedikit daun limau purut
2 btg serai dititik
garam secukup rasa

*untuk penggemar sayur bleh tambah :


1/2 btg carrot - dipotong halus
1/2 ikat kacang panjang - dipotong kecil2


Cara2 :

Tumis bwg putih + bwg besar + cili merah
Masukkan sos tiram + sos cili + kicap
Masukkan ayam + daun limau purut + serai + capsicum
Kacau sehingga rata dan biarkan seketika sehingga ayam masak
Akhir sekali masukkan carrot + kacang panjang(optional). Biarkan sayur sedikit layu
Angkat dan hidangkan





SIAKAP ASAM PEDAS THAI (KENGSUM)



Semalam sy ke OTK (Pasaraya Ong Tai Kim) kat Puchong, saje nak beli barang dapur...Xtau la nape, walaupun sy skrang da menetap kat Seri Kembangan lepas kawen, tp sy tetap selesa membeli belah (brg2 dapur) kat OTK...Maybe sebab da 4thn duk kat Puchong ni, sy xbetah membeli belah kat tempat lain...Tp kalau malas gagah juga saya ke Giant (10minit dari rumah)...Pasar Borong Selangor plak hanya 15minit drp rumah sy...so kalau nak beli barang2 basah mcm ikan, ayam or seafood lain mmg sy akan ke pasar borong sbb harganya yg sedikit murah + sgt fresh....sayur2 juga...tp kalau sayur mcm kangkung tu sy xbiasa beli kat pasar borong....sbbnya tgk kat Dapur KakJee...betul atau tidak, sy xpasti tp lepas baca pasal kangkung tu, terus selera sy hilang....Nasib baik sy bukan peminat sayur kangkung...xsuka tekstur daun die yg lembik2 tu...euwww....Okla berbalik pada cerita kat atas...bile tgk siakap teringat plak asam pedas Thai atau Kengsum (xpasti lak sebutan or ejaan die yg betul, main belasah je)....Kengsum ni terkenal kat Thailand...beza asam pedas Thai ni die menggunakan cili api + lengkuas...dan tersangatla pedas...tp kalau utk yg xtahan pedas, bleh kurangkan cilinya...tp asam pedas Thai kalau xpedas mmg kurang kick sket...hehe

Balik umah terus sinsing lengan siang ikan dan simpan dlm peti ais. Ikan siakap sy cuci ngan air asam jawa sbb nak hilangkan hanyir die...tpulang pd korang la...kalau xnak cuci pun xpe...just guna air biasa pun da cukup...Okla jom kita layan resepi :


Bahan2 :



2 ekor ikan siakap sederhana besar



Bahan A (2 genggam cili api + lengkuas + kunyit hidup + belacan + bwg putih + bwg merah)



air asam jawa



sayur kangkung- bersihkan dan potong kecik2



terung belanda (optional)



Cara2 :

Blend bahan A + air asam jawa
Masukkan air ke dlm periuk secukupnya utk kuah
kemudian masukkan bahan yg di blend + garam dan masak sehingga mendidih
Masukkan ikan dan biarkan sehingga ikan masak
Akhir sekali masuk kangkung + terung belanda
Biarkan seketika dan angkat. Hidangkan


P/S : sayur kangkung bleh digantikan dengan bunga kobis / nenas muda mengikut selera anda









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...