When The Story Begins....

Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!

Friday, January 17, 2014

PULUT KUNING

Bismillahirrahmanirrahim...kali pertama buat pulut kuning...Alhamdulillah menjadik...walaupun tak sesedap pulut kuning yang makcik2 kat kg slalu buat...tapi okla still rasa berlemak dan passed untuk dimakan...hehe
Saje tempek resepi kat sini kot2 ade yang nak try buat kat umah :

Bahan2 :

1 kg beras pulut (dibasuh dan rendam dengan air + serbuk kunyit / pewarna kuning semalaman)
2 kg santan pekat (buh garam + gula secukup rasa)

Cara2 :

1) Kukus pulut kuning selama 1/2 jam
2) Gaulkan pulut yang telah dikukus dengan santan 
3) Kukus lagi pulut selama 1/2 jam
4) Ulang langkah 1 dan 2 sehingga 3 atau 4 kali (kat kelantan orang panggil kaedah 'ara' pulut)
5) Bila dah puas hati dengan rasa dan tekstur pulut kuning tadi boleh la dihias mengikut citarasa



#pulut yang dah siap di 'ara' sebanyak 4 kali




#pulut kuning yang sy buat sempena birthday anak buah sy Nur Eishal Dania...untuk hiasan sy gunakan telur puyuh rebus dan telur swirl yg sy buat sdiri...caranya mudah je campurkan telur dgn pewarna dan goreng nipis2 mcm buat lempeng...lepas tu gulung dan potong macam swiss roll...senang bukan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...