Bahan2 :
Untuk ikan
2 keping filet ikan dori (dipotong kecil)
5 sudu tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
5 sudu tepung gandum - untuk dilumur pada ikan
(bancuhkan bahan bertanda* dengan air)
Untuk sos
3 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - dicincang
1/2 biji bawang besar Holland - dipotong dadu
1/2 biji capsicum merah+kuning+hijau - dipotong dadu
sedikit cili padi jika suka pedas
5 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos nampla
Garam+gula secukup rasa
Cara2 :
1) Lumurkan potongan ikan dori dengan tepung gandum
2) Celupkan dalam bancuhan tepung
3) Lumurkan sekali lg dengan tepung gandum
4) Ulang step di atas sehingga ikan habis
5) Goreng dlm minyak yg byk (deep fry), ketepikan
6) Tumiskan bwg putih + halia sehingga wangi
7) Masukkan bwg besar + capsicum, goreng seketika
8) Masukkan semua sos, perasakan dengan garam + gula
9) Tuangkan sos ke atas potongan ikan
10) Hidangkan
No comments:
Post a Comment