Minggu ni sy kurang sihat...bermula dengan pening+muntah+cirit birit...bila jumpa doctor he just said "i'll treat you as food poisoning or AGE"..Alhamdulillah lepas mkn ubat tu da ok...Lepas tu xsangka melarat sampai demam lak...Tambah haru bila gusi plak berdarah tanpa sebab...bila ke klinik doctor ckp kene amik darah (takutttnya!) sebab takut tkena jangkitan viral fever @ dengue...redha je la kan...org kata kalo demam denggi ni elok mkn sup ketam...so hubby pun gigih la mencari ketam kat pasar borong tu ptg2...nasib baik ade...sekilo RM12...dptla 3 ekor (saiz besar) dgn harga RM9...sejujurnya sy xpernah mkn or masak sup ketam...pernah dengar org sebut2 je tp xpernah rasa sendiri...slalunya sy masak ketam masak lemak, kari or masak cili je...bila google resepi kebanyakannya masak mcm sup biasa (sup ayam) letak sup bunjut Adabi tu...sy mcm xberkenan sgt sbb takut nnti rasa sup tu kuat sgt, so akan menenggelamkan kemanisan semulajadi ketam tu (gara-gara tpengaruh ngan MasterChef US!)...so sy gantikan dengan kiub sup Punjut Knorr...Dan sy tambah sedikit lada hitam untuk menambahkan flavor dlm sup tu...Setelah siap xsangka sup tu sedap!!! Oleh kerana sup tu sedap (apsal sampai 2 kali ckp sedap nih?)..maka sy nak kongsi ler resepi ni mana la tau kot2 ade yg demam or mengidam nak mkn sup ketam nih...heee
Bahan2 :
3 ekor ketam - dipotong 2
3 ulas bawang merah*
1 ulas bwg putih*
sedikit biji lada hitam*
1 inci halia*
(tumbuk semua bahan bertanda *)
sedikit cili merah @ cili padi
1 biji telur (optional)
1 kiub sup Punjut jenama Knorr
sedikit batang saderi (sy letak btg daun sup je sbb xde stok)
Garam+gula secukup rasa
Cara2 :
1) Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga wangi
2) Masukkan air + kiub sup Punjut
3) Masukkan ketam dan biarkan mereneh seketika
4) Setelah ketam agak masak, pecahkan telur di dalam kuah sup
5) Masukkan cili+saderi dan perasakan dengan gula+garam
6) Hidangkan sementara masih panas
No comments:
Post a Comment