When The Story Begins....

Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!

Thursday, December 22, 2011

SIAKAP 3 RASA



Yuhuuuu....akhirnya berjaya jugak update blog sendu nih...finally jumpa gak setting baru...ingatkan blog kene hack ke hape...bikin suspen saje...huhu...Minggu lepas mood masak sgt menjadi-jadi...rajin sungguh masak dan pastinya rajin MAKAN! haha tu motip nak citer sebenarnye...kebetulan kakak ipar sy datang bertandang bsama family...So hidangan harus la siakap 3 rasa + sawi tumis bersama fishball + sup ayam (anak buah sy suka mkn sup) + telur dadar (ini wajib)...So ari ni sy nak kongsi resepi siakap 3 rasa versi sy sendiri...Jom salin resepi :


SIAKAP 3 RASA

Bahan2:

1 ekor ikan siakap
1/2 biji bawang besar Holland*
4 ulas bwg putih*
1 inci halia*
1/2 biji capsicum merah+kuning+hijau*
1 biji tomato*
(semua bahan bertanda * dipotong dadu)
200 gm nenas masak (nak guna yg dlm tin pun bleh)*
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos nampla (sos ikan)
2 sudu sos tiram
(semua sos dicampurkan dalam satu mangkuk)
sedikit tepung jagung
sedikit serbuk kunyit
garam + gula secukup rasa


Cara2 :

1) Gaulkan ikan dengan garam+serbuk kunyit+bancuhan tepung jagung
2) Goreng ikan dengan minyak yg banyak (deep fry) sehingga agak garing, ketepikan.
3) Tumiskan bahan2 yg bertanda * kecuali nenas sehingga garing dan wangi
4) Masukkan bancuhan sos dan kacau sehingga masak, masukkan nenas
5) Perasakan dengan gula dan garam
6) Curahkan sos ke atas ikan dan hidangkan





4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...