When The Story Begins....

Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!

Sunday, October 21, 2012

UDANG MASAK 3 RASA




Bahan2 :

500gm udang - dibersihkan, buang kulit (tinggalkan bahagian ekor)
3 ulas bwg putih - dicincang halus
1 biji bwg besar - dicincang kasar
1 inci halia
2 biji cili merah - dipotong kecil
4 sudu sos cili
1 sudu cili giling
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1/2 pek kecil sweetbeans - dipotong kecil
garam secukup rasa


Cara2 :

Tumis bwg putih + bwg besar + halia + cili merah
Masukkan sos cili + sos tomato + sos tiram + kicap, kacau sehingga wangi
Kemudian masukkan udang + garam secukup rasa
Setelah udang masak, masukkan sweetbeans
Angkat dan hidangkan

NEW BABY IN THE HOUSE


Tersenyum sepanjang hari bila dapat sang idaman hati ;-)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







Okay la bye-bye ye tuan tanah nak sambung tersenyum lagi...........................................................

Saturday, October 20, 2012

KARI IKAN BAWAL




Bahan2 :

1 ekor ikan bawal
3 ulas bawang merah-dimayang
2 ulas bawang putih-dimayang
1 set tumis 3beradik-bunga lawang+kayu manis+cengkih
sedikit daun kari
1 paket serbuk kari ikan Babas-bancuh dgn sedikit air
sedikit cili giling
1 cawan santan pekat-cmpurkan dgn 1/2 cawan air
sedikit air asam jawa
sedikit lada merah + bendi


Cara2 :

(1) Tumiskan bawang bsama tumis 3beradik sehingga naik bau
(2) Masukkan cili giling + bancuhan serbuk kari + daun kari...kacau sehingga rempah masak...
(3) Masukkan air asam jawa + ikan
(4) Masukkan santan dan biarkan kuah mendidih...perasakan dengan gula + garam
(5) Last skali masukkan lada merah dan bendi...biarkan seketika...Pastu bleh angkat dan hidangkan...
















SAMBAL BELIMBING BULUH




Bahan2 :

2 genggam ikan bilis
10 biji cili padi*
5 ulas bwg merah*
3 ulas bwg putih*
sedikit belimbing buluh


Cara2 : 

(1) Blend smua bahan bertanda *
(2) Tumiskan bahan yang di blend...perasakan dengan gula + garam...masukkan ikan bilis...masak sehingga sambal agak kering
(3) Masukkan belimbing buluh...masak sekejap...pastu bleh angkat & hidangkan


p/s : sambal nih pedas tahap buasir...kalo xsuka mkn pedas sila kurangkan kuantiti cili api...sekian









Wednesday, October 17, 2012

MIHUN GORENG SINGAPORE + UDANG TEMPURA





Taraaaa...entry ketiga untuk arini (terlebih vitamin rajin plak)...Maka gigihla mencuba utk clear draft list...harap bersabar ye tuan puan...Gini la rupanya kalo dpt tuan punya blog yang update blog ikut suka ati je...So resepi seterusnya ialah Mihun Goreng Singapore Terpaling Sedap di Dunia (nama xnak kalah hokay)...Jom intai dapur mak jemah :

Bahan2 :

1 biji bwg besar Holland
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih

*semua ni di blend or tumbuk

1 paket mihun (sy guna jenama Jasmine) - rendam dgn air panas selama 5 minit, then bilas dgn air sejuk
1 kiub pati ayam Maggi
sedikit serbuk lada hitam (coarse black pepper)
1/2 batang carrot - disagat / diparut kasar
2 sudu sos tiram
1 biji telur
sedikit isi ayam / daging / seafood
1 biji cili merah - dipotong halus
garam secukup rasa


Cara2 :

Tumiskan bahan2 yg diblender + cili merah sehingga wangi
Masukkan kiub pati ayam + sos tiram + serbuk lada hitam + garam
Masukkan ayam / daging, kacau sehingga ayam masak
Masukkan carrot dan kacau sehingga carrot agak layu
Masukkan telur dan kacau sehingga telur masak
Last skali masukkan mihun dan gaul rata
Angkat dan hidangkan


Mudah je kan? resepi utk udang tempura bleh refer kat SINI

















SOTONG MASAK SAYUR CAMPUR




Lagi satu hidangan kegemaran adalah sotong masak sayur campur...or sayur campur sotong (what ever you call it)...Cara nak masak senang je tp yg pastinya sgtla sedap dan menyihatkan...hehe
Jom salin resepi :


Bahan2 :

sayur campur (ikut suka nak letak ape...sy slalu guna kobis + carrot + kacang panjang)
300 gm sotong - dipotong kecil
2 ulas bwg merah - dimayang halus
1 ulas bwg putih - dimayang halus
1 biji cili merah - dimayang halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk Cukup Rasa Maggi
1/4 cawan air (kalau xsuka berkuah bleh kurangkan air)
sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara :

Tumis bwg merah + bwg putih + cili merah sehingga wangi
Masukkan air + sos tiram + serbuk Cukup Rasa Maggi
Masukkan sotong dan kacau seketika
Masukkan sayur campur dan kacau sehingga sayur agak layu
Angkat dan hidangkan


P/S : Masakan ni xpayah letak garam sebab sos tiram + serbuk Cukup Rasa dah sedia masin dan lengkap rasanya :)













AYAM MASAK KURMA




Salam readers (walaupun brapa kerat je yg baca blog nih...haha)...bertemu kembali dlm sesi masak memasak bsama mak jemah...Arini makjemah nak kongsi resepi peberet mak jemah iaitu ayam masak kurma...;-)

Bahan2 :

300 gm ayam
2 ulas bwg merah - dimayang halus
1 ulas bwg putih -  dimayang halus
1/2 biji bwg besar Holland - dimayang kasar
1 set rempah 3 beradik (kayu manis, cengkih, bunga lawang)
1 paket rempah kurma Adabi - dibancuh dgn 1/2 cawan air
2 cawan santan pekat
2 biji kentang - dipotong kecil
garam + ajinomoto secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-Cara :

Panaskan minyak, tumis bwg putih + bwg merah + rempah 3 beradik sehingga wangi
Masukkan rempah kurma Adabi dan kacau sehingga rempah agak masak
Masukkan garam + ajinomoto, kacau seketika
Masukkan ayam + kentang, gaul sebati dan biarkan ayam mereneh seketika (tutup kuali)
Setelah ayam + kentang agak masak, masukkan santan pekat dan biarkan sehingga kuah menjadi agak kering (tutup kuali dan perlahan api dapur)
Setelah agak kering, masukkan bwg besar, dan biarkan seketika
Angkat dan hidangkan
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...