When The Story Begins....

Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!

Wednesday, October 17, 2012

MIHUN GORENG SINGAPORE + UDANG TEMPURA





Taraaaa...entry ketiga untuk arini (terlebih vitamin rajin plak)...Maka gigihla mencuba utk clear draft list...harap bersabar ye tuan puan...Gini la rupanya kalo dpt tuan punya blog yang update blog ikut suka ati je...So resepi seterusnya ialah Mihun Goreng Singapore Terpaling Sedap di Dunia (nama xnak kalah hokay)...Jom intai dapur mak jemah :

Bahan2 :

1 biji bwg besar Holland
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih

*semua ni di blend or tumbuk

1 paket mihun (sy guna jenama Jasmine) - rendam dgn air panas selama 5 minit, then bilas dgn air sejuk
1 kiub pati ayam Maggi
sedikit serbuk lada hitam (coarse black pepper)
1/2 batang carrot - disagat / diparut kasar
2 sudu sos tiram
1 biji telur
sedikit isi ayam / daging / seafood
1 biji cili merah - dipotong halus
garam secukup rasa


Cara2 :

Tumiskan bahan2 yg diblender + cili merah sehingga wangi
Masukkan kiub pati ayam + sos tiram + serbuk lada hitam + garam
Masukkan ayam / daging, kacau sehingga ayam masak
Masukkan carrot dan kacau sehingga carrot agak layu
Masukkan telur dan kacau sehingga telur masak
Last skali masukkan mihun dan gaul rata
Angkat dan hidangkan


Mudah je kan? resepi utk udang tempura bleh refer kat SINI

















1 comment:

  1. wow.. simple, saya pon suka yg simple2 dan mudah.. memang saya peminat bihun singapore dan udang goreng tempura ;D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...