When The Story Begins....
Life is so short to be wasted...so lets LIVE, LEARN, WORK and PLAY!!!
Wednesday, October 17, 2012
AYAM MASAK KURMA
Salam readers (walaupun brapa kerat je yg baca blog nih...haha)...bertemu kembali dlm sesi masak memasak bsama mak jemah...Arini makjemah nak kongsi resepi peberet mak jemah iaitu ayam masak kurma...;-)
Bahan2 :
300 gm ayam
2 ulas bwg merah - dimayang halus
1 ulas bwg putih - dimayang halus
1/2 biji bwg besar Holland - dimayang kasar
1 set rempah 3 beradik (kayu manis, cengkih, bunga lawang)
1 paket rempah kurma Adabi - dibancuh dgn 1/2 cawan air
2 cawan santan pekat
2 biji kentang - dipotong kecil
garam + ajinomoto secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-Cara :
Panaskan minyak, tumis bwg putih + bwg merah + rempah 3 beradik sehingga wangi
Masukkan rempah kurma Adabi dan kacau sehingga rempah agak masak
Masukkan garam + ajinomoto, kacau seketika
Masukkan ayam + kentang, gaul sebati dan biarkan ayam mereneh seketika (tutup kuali)
Setelah ayam + kentang agak masak, masukkan santan pekat dan biarkan sehingga kuah menjadi agak kering (tutup kuali dan perlahan api dapur)
Setelah agak kering, masukkan bwg besar, dan biarkan seketika
Angkat dan hidangkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment